Tuesday, November 17, 2009

isteriku sayang...


Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.

Janji yang termeterai di musim yang lalu.
Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: Rupanya kebahagiaan rumah tangga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri ku sayang…
Tidak abang tagihkan setiamu, sesetia Hawa kepada Adam.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.

Cuma terimalah kehadiranku seadanya
di sudut tersuci di dalam hatimu…..sebagai seorang isteri sejujur hati.

Isteri yang Tersayang

Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami.

Suami juga perlu bertindak bijak menangani permasalahan di atas. Janganlah hanya mementingkan diri sahaja..

Dedikasi buat isteri-isteri diluar sana. Jadikan panduan dari kisah ini.

Wednesday, November 11, 2009

Makan sampai lebam

Semalam punye citer...hah SMK Lepar Utara telah menjalankan 1 aktiviti yang baru le kiranya. Iaitu meraikan pelajar2 mampu cemerlang a.k.a harapan sekolah la dengan majlis Hight Table di tempat yang agak grand skit iaitu Tekam Resort di PPPTR (Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak)...panjang benor nama dia..so majlis pun tak la grand mana sgt...tapi bg aku ok dah...dah lama tak pekena jamuan besar2 nih...hehehehe

Dalam jam 3ptg lebih kurang bertolak dari skeolah naik bus (kilang) je...aku pun tumpang sekali..memang plan asal mcm ni sebenarnya...minum petang kat PPPTR dan majlis mlm tu kat Mercu View Resort kat Jengka..sekali tukar rancangan daaaa...so dengan minum petang ngn majlis tu buat kat PPPTR jugak...apa ada hal...aku setuju je..takyah ke hulu ke hilir...penat..
jom tgk gambo la...kalu sesapa nak berbulan madu kat sini pun ok...murah je, 1 malam 90hinggit..berbaloi...


ni pelajar masing2 dengan harapan dapat mandi kolam..muka tak sabar dah nih tapi Bos tak bg mandi...hahahahaha...hanya warden je bleh mandi...hahahaha


ni la dia Tekam Resort tu kat PPPTR...sekali lagi PPPTR tau


ni la kolam yang diidamkan tu...terbaik dari ladang


ni tempat penginapan...nama je banglo..tapi mmg ada banglo..ikut selera masing2


ni pemandangan depan kolam...makan2 kat tepi kolam tu le...ados

so gedebuk gedebak...makan macam2 bro...ayam panggang, kambing panggang, pinggan panggang (ada ke)...mash potato, sosej panggang, nasi grg, mehoon grg, salad 3 jenis, sup cendawan, bubur kacang hitam, air oren....peh banyak beb..aku takde pikir lain dah, yang aku nak hanyalah kambing tu je...rugi la mkn ayam..kan2

gedebuk gedebak sekali lagi majlis penyampaian sijil dan hadiah wat semua pelajar dan guru2 serta bos2...abis dah citer koi nih...tepuk la tangan....heheheheh

Tuesday, November 10, 2009

ketam result


jawapannya...

Encik Crabb la...kuikuikui...yg dalam citer Spongebob tu...dia kan kedekut..tu pasal banyak duit..sekali sekala layan citer kartun ni best gak

Monday, November 9, 2009

ketam

dalam banyak-banyak ketam, ketam apa yang kaya?

try jawab dulu...kuikuikui

Wednesday, October 28, 2009

hadiah buat bob tersayang


kahkahkahkahkahkah....wakakakakakaka....kehkehkehkeh

Liverpool menang? eh silap lak...ManU kalah?


wakakakaka...ni yg koi nak suke nih..buat fan ManU yg diluar sana yang kerek semacam je, ni koi nak bgtau deme2 suma "MANCHESTER UNITED KALAH"....hehehehehe...bukan apa, bg mereka2 ni tunduk skit..

pada mulanya aku mmg tak cye...menyumpah2 aku kat mesej Zaini yg mengatakan ManU kalah kepada Liverpool. 2-0 plak tu...peh terbaik...kalau 1-0 tu mungkin nasib la kata orang...tapi 2-0 memang Liverpool power bro...dengar tak? LIVERPOOL POWER la bro...hehehehe

apa2 pun, koi taknok pandang pada sejarah lepas...pasal Liverpool catat sejarah kalah 4 kali berturut2 ke, Benitez paksa Torres main ke apa...bagi koi winning is winnings...tak kira la 1-0 ke 2-0 ke 10-0 ke...WINNINGS is WINNINGS....

bob...ko baca ke nih?kesian kan2...terima la kenyataan...jgn berdolak dalik lagi...wakakakakakaka...
koi mlm kemenangan tu guling2 atas katil sebab ada yg bengang ManU kalah...kehkehkehkeh